Pendidikan Islam juga adalah suatu usaha berterusan
untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al – Quran dan Sunnah bagi membentuk
sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Walau bagaimana pun,
sehingga kini masih wujud beberapa isu yang perlu diketengahkan untuk dibincangkan
bersama secara ilmiah. Isu yang seringkali dihadapi oleh guru dalam mendepani tugas dan
tanggungjawab yang berat sesuai dengan amanah ilmu yang dipikul iaitu mampu membentuk
pelajar menjadi insan soleh. Tugasan ini akan mengetengahkan isu-isu tersebut di samping
mencadangkan jalan penyelesaian yang terbaik. Mudah-mudahan cadangan penyelesaian
beberapa isu di sini kelak akan mewujudkan jalan keluar kepada semua setiap permasaalahan
lampau yang masih belum mampu diatasi sehingga kini.

Ibu
bapa pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik
anak-anak. Mereka wajib memastikan anak-anak membesar dengan sempurna dari segi
material seperti makanan, pakaian dan kediaman. Begitu juga pentingnya
menyediakan dan menyemai jiwa anak-anak dengan pendidikan yang merangkumi
pembentukan akal, jasmani, rohani, akhlak dan sosial. Suasana persekitaran
memberikan tekanan kepada ibu bapa dalam menangani cabaran tersebut. Keperluan
menambahkan pendapatan memerlukan kedua ibu bapa bekerja telah mengurangkan
masa bersama dengan anak-anak.
Dalam konteks kanak-kanak, kesedaran
pendidikan awal kanak-kanak perlu dilihat sebagai satu proses yang
berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak
yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau
kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang
pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai
persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education
and Science, 1990).
Barat dan Islam mempunyai perspektif
yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari
awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang
kanak-kanak bukan hanya pada kelakuan fizikal bahkan pengamalan akhlak peribadi
perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam roh dan jiwanya.
No comments:
Post a Comment