Di Malaysia, kebanyakkan kanak-kanak
terjebak dalam meniru budaya barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu
memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng,
pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja harta dan mendengar lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.
Oleh itu, terdapat beberapa kesan-kesan kepada
remaja pada masa kini terutamanya kanak-kanak. Kesan yang pertama melalui isu
budaya barat dari segi pakaian adalah kanak-kanak yang meniru pakaian budaya
barat akan dipandang rendah terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan
dihormati oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi perempuan wajib menutup
aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan manakala,
bagi lelaki wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut. Justeru, ibu
bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai dan menutup
aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi supaya isu mengenai
budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat
disekeliling dapat dikurangkan dan diatasi dengan segera.
Selain
itu, kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isu-isu budaya barat
adalah apabila kanak-kanak menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberi
moral dan faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan kepada diri mereka
adalah apabila kanak-kanak lebih mahir menyanyikan lagu budaya barat daripada
mengaji Al-Quran. Di sini, kesan yang dihadapi kepada kanak-kanak akan
meruntuhkan keimanan mereka dan menghadapi masalah dalam menghafal dan membaca
ayat-ayat suci di sekolah mahupun di rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang
sayang akan islam mereka haruslah memimpin anak-anak mereka mengajar mengaji
sewaktu mereka kecil lagi dan mengurangkan memasang lagu dari budaya-budaya
barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk menambah ilmu.
Dalam
hal ini, isu-isu budaya barat semakin bertambah dan bukannya semakin berkurang
jika tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun masyarakat yang tidak mengambil
berat tentang hal isu budaya barat ini. Isu budaya barat ini banyak memberi
kesan yang negatif kepada remaja terutamnya kanak-kanak pada masa kini. Isu
budaya barat ini juga boleh merosakkan nilai diri seseorang individu dan
menjatuhkan akhlak dalam Islam dan Seperti
yang kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek kehidupan
masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media
serta pemikiran.
Keruntuhan akhlak akan memberikan
kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama
dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak
dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan
pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari
ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu,
terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan
akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.
Banyak kejadian seperti pembuangan
bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya
dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan
dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat
dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka.
Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang
mendalam pada diri individu.
No comments:
Post a Comment