Thursday, 29 November 2012

RUJUKAN









Buku Pendidikan Islam Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 

CADANGAN DAN KESIMPULAN



          Isu Globalisasi Pendidikan merupakan satu daripada cabaran yang berlaku dalam pendidikan masa kini yang perlu sentiasa dikaji. Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesan terhadap pendidikan negara pada hari ini. Namun tindak balas daripada keterbukaan idea dan kebebasan memilih jenis dan kriteria pendidikan dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi impak yang negatif terhadap anak-anak pada masa kini. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif dalam menangani permasalahan ini. Peranan utama adalah peranan institusi kekeluargaan. Ibu bapa adalah orang yang dekat dengan anak-anak. Ibu bapa tidak boleh terlalu meletakkan tugas pembelajaran hanya kepada guru semata-mata dan mengabaikan tanggungjawab sebenarnya dalam mendidik anak-anak. Jangan kerana kerja, ibu bapa tidak ambil peduli pembelajaran, tidak berkongsi cerita atau berkomunikasi dengan anak-anak mereka.
          Anak-anak yang kurang mendapat perhatian dari orang tua akan menimbulkan masalah iaitu anak-anak akan mudah melakukan sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah  memainkan peranan dalam hal ini. Hubungan dalam kekeluargaan perlulah dieratkan dengan meluangkan masa dengan anak-anak untuk mendengar masalah mereka dan menjadi sahabat kepada anak-anak. Malahan , ibu bapa juga ambil tahu dengan siapa anak-anak mereka bergaul. Ibu bapa perlu berikan nasihat kepada anak-anak  sekiranya mendapati kawan-kawan anak mereka mencurigakan dan boleh membawa masalah di kemudian hari. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak kecil lagi untuk menggelakkan anak terjebak dalam gejala negatif. Ibu bapa juga perlu sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak contohnya cara berpakaian kanak-kanak, pertuturan, pergaulan, fizikalnya dan lain-lain. Berikan nasihat kepada anak dengan cara berhemah dan tidak memarahi anak-anak secara melulu jika anak mereka telah berubah kearah tidak sihat.
          Pendidikan menghadapi masalah dan cabaran untuk menggarap akhlak anak-anak supaya berada pada landasan yang betul berdasarkan panduan dan pegangan dalam islam. Pelaksanaan program yang mempunyai nilai serta norma pendidikan di sekolah  perlu dipertingkatkan sama ada dari segi keperibadian guru, budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti kokurikulum perlu juga diberi penekanan untuk berusaha kearah membentuk moral dan rohani murid yang baik dan sempurna di pandangan seluruh masyarakat khususnya umat islam. Di dalam usaha untuk membentuk jati diri murid, seharusnya perkara yang paling dekat dengan mereka di sekolah perlu diberi perhatian oleh semua pihak iaitu keperibadian guru. Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid di sekolah sepatutnya menampilkan perwatakkan yang positif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan dan sifat guru yang amanah, bersopan santun, jujur, penyayang, penyabar, sedia berkorban, sedia memberi pertolongan dan berdedikasi perlu ditampilkan supaya menjadi ‘Role model’ kepada pelajar di sekolah. Guru juga memainkan peranan penting untuk membawa watak orang yang taat kepada amalan agama terutama berkaitan solat, puasa, akhlak, peganggan akidah dan lain-lain yang penting dan menjadi rujukan murid di sekolah. Melalui ini, anak-anak kita akan berusaha untuk mencontohi sifat dan perwatakan guru di sekolah serta cuba untuk mengaplikasikan amalan hidup beragama dalam kehidupan seharian mereka.
          Nilai-nilai agama mempunyai kepentingan dalam membentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini kerana jati diri dan maruah sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan antara elemen-elemen penting yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh sebab akidah menjadi teras bagi segala tindakan, maka pegangan agama yang kukuh di kalangan kanak-kanak seharusnya diberikan tumpuan utama setiap masa oleh para guru. Hal ini boleh dilakukan melalui penyampaian ilmu sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran (kurikulum) atau ketika mengendalikan aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal insan berguna di dunia dan di akhirat. Dengan akidah yang kental, murid-murid akan menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan mampu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah yang akan merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Murid-murid yang disemai dengan nilai-nilai agama yang sempurna akan mampu menolak dan menghalang pelbagai anasir jahat. Secara berperingkat, keadaan ini akan melahirkan suasana hidup yang lebih sihat dan sejahtera.
          Senjata bagi sesebuah tamadun dan kemajuan bangsa bertitik tolak kepada mantapnya ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan berpandukan kepada kekentalan pendidikan agama dan pengamalan ajaran beragama. Oleh itu, modal insan yang akan disemai dengan sifat-sifat ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui di sekolah akan dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang diharapkan. Langkah menabur nilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
          Di samping itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam harus berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang universal dan bersesuaian untuk semua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa, amanah, ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-menolong dan sebagainya dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dan juga melalui aktiviti kerohanian yang boleh diadakan di sekolah seperti sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri mulia, selaras dengan harapan negara untuk membentuk modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan yang demikian, tidak mustahil Malaysia akan meraih modal insan yang beragama Islam yang akhinrya menjadi mukmin profesional satu hari nanti. Nilai-nilai agama serta akhlak pekerti yang baik dan mulia adalah tunjang peribadi yang amat penting untuk setiap individu. Inilah yang seharusnya disemai oleh para guru dalam kalangan modal insan yang mereka didik kerana umumnya menyedari bahawa masyarakat akan menjadi lebih selamat dan tenteram seandainya mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai agama yang telah diterapkan.
           Sebenarnya, cabaran besar yang perlu diaplikasikan secara kolektif dalam usaha membentuk jati diri murid adalah dari segi kaedah atau strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga bidang atau fakulti yang memerlukan pelaksanaan secara sekata iaitu pengisian roh, akal dan jasmani kanak-kanak. Ketiga-tiga pengisian ini bermula daripada kerohanian seharusnya berlandaskan sumber yang berautoriti dengan merujuk sumber ketuhanan dan kenabian, akal yang perlu bertunjangkan aspek kognitif untuk menuju ke arah yang bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri serta jasmani yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti beriadah, mengisi masa lapang dengan baik serta menjaga tabiat pemakanan yang perlu diterapkan secara optimum dan berkesan dengan bantuan dan bimbingan daripada guru.
            Islam Menyelesaikan Permasalahan seseorang individu itu. Seseorang yang menyandarkan dirinya pada prinsip-prinsip al-Quran akan selalu sanggup menyelesaikan permasalahan hidupnya dan sentiasa bertindak secara bijaksana. Demikian juga, orang yang hidup dengan prinsip tersebut tak pernah merasakan tekanan atau beban, walau bagaimana sukar dan  rumit keadaan yang dihadapi. Ketika nilai agama tidak diterapkan dalam diri dan kehidupan kanak-kanak , maka tidak menampakkan nilai kemanusiaan dalam diri mereka.Walau sebesar zarah, seluas lautan dan setinggi gunung sekalipun kesalahan itu tetap tidak akan dapat diselesaikan secara bijaksana oleh  masyarakat tak beragama.
          Sebagai seorang mukmin seharusnya tidak mencari pengakuan dari orang lain terutama yang bukan muslim, jangan hanya mencari gelaran atau pujian semata-mata dan mengharapkan sanjungan daripada mereka. Umat islam yang berilmu dan berpendidikan baik dan sempurna dalam akan berfikir positif dalam keputusan yang mereka ambil, menerima dukungan dan bimbingan,  ilham dan hikmah dari Allah SWT. Hal sedemikian, maka sebagai kaum muslimin harus menghayati dan mengamalkan pegangan ajaran  Islam yang kita anut dengan sempurna, dan berani dalam menegakkan kebenaran.  Kemenangan dari sudut kaca mata Islam bukanlah dengan adanya suara daripada majoriti yang menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara. Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah dan sesat. Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah SWT. Sehinggalah wujud dakwah islamiah.
          Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a..w. sehingga di zaman khulafa' Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka  merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula mengenepikan agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain, mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari islam.
          Penjelasan tentang isu Pendidikan Islam dan barat telah memperlihatkan bahawa adanya pola pemikiran yang harus digunakan oleh kanak-kanak kita berdasarkan para ilmuwan mereka sehingga menghasilkan cirri-ciri yang berbeza pada pandangan masyarakat. Jika sumber dan metodologi ilmu di Barat bergantung sepenuhnya kepada kaedah empiris, rasional dan cenderung materialistik serta mengabaikan dan memandang rendah cara memperoleh ilmu melalui wahyu dan kitab suci, maka metodologi dalam ilmu pengetahuan Islam sebenar adalah bersumberkan kepada  kitab suci al-Quran yang diperoleh dari wahyu, Sunnah Rasulullah saw, serta ijtihad para ulama. Justeru, ilmu dalam Pendidikan Islam juga merupakan ilmu yang mampu membangunkan pemikiran dan keseimbangan manusia dari aspek rohani dan jasmani peribadi seorang muslim dan akan menambah dan meningkatkan lagi  keimanan dan kecintaan  kepada Allah SWT. 

CARA MENGATASI MASALAH


2.2 
01.       Penapisan filem Barat
            Lembaga Penapisan Filem (LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk mengekalkan budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan budaya yang ditampilkan dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, perang, dadah dan arak, lucah, tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau bagaimanapun, filem-filem barat yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran dan pendidikan harus digalakkan.
02.       Peranan ibubapa dalam hal ini amat penting untuk :
i.)         Membantu setiap rutin harian anak-anak mereka sama ada rutin peribadi mahupun rutin di sekolah.
ii.)        Memantau dan mengambil tahu aktiviti di sekolah yang akan dijalankan.
iii.)       Membantah dan tidak mengalakkan langsung kanak-kanak menyertai program pertandingan yang berunsurkan atau bercirikan barat.
iv.)       Menjelaskan kepada anak apa kebaikan dan keburukan yang mereka peroleh sekiranya hanyut dan terus mengikuti :
a)      “Trand Barat”
b)      “Program berbentuk hiburan”
v.)        Ibubapa harus terapkan keperibadian dan jati diri serta ilmu tentang agama yang baik dan kukuh supaya anak dapat mengelakkan diri dari terlibat dan terus-terus menyokong budaya barat yang hanya akan menghakis identity, akhlak dan jati diri mereka sebagai umat islam.
03.       Peranan Kanak-kanak itu sendiri :
i.)         sebagai seorang anak yang masih perlukan bimbingan serta tunjuk ajar adalah lebih baik bertanya dahulu pendapat ibubapa atau pun guru disekolah sama ada untuk mengetahui mengenai sesuatu program aktiviti berbentuk hiburan.
            a) Apakah tujuannya?
            b) Apakah faedah-faedah yang diperolehi?
            c) Apakah kesannya pada diri, minda dan juga sekolah ataupun masyarakat.
ii.)        Kanak-kanak harus tidak terus memperalatkan diri semata-mata dikaburi dengan pelbagai pujian, habuan dan sebagainya. (jika melihat sesuatu iklan atau anjuran).
04.       Peranan guru-guru bersar, para pengetua, Jabatan-jabatan agama dan juga berpihak Kementerian Pelajaran :
            i.) Tidak menganjurkan program bercirikan barat di sekolah tetapi sentiasa menganjurkan program-program islam di adakan mahupun di luar premis sekolah supaya kea rah membina generasi harapan islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang di hari muka.
            ii.) Bangit, membantah dan menentang segula anasir-anasir barat yang cuba di bawa ketengah (menjadi perhatian umum)  yang menjadi pelesit merosakkan dan menghasut minda kanak-kanak untuk menyertai atau menjadi salah seorang penyokong budaya barat.
            iii.) Tidak bekerjasama dalam apa sahaja bentuk anasir-anasir yang ingin ataupu  telah menyelinap masuk ke dalam jiwa masyarakat islam kerana ia adalah satu dosa, kesalahan dan jenayah terhadap agama dan juga generasi umat akan dating.
            iv.) Mengenalpasti pihak-pihak yang terbabit dan membawa mereka kemuka pengadilan dan tindakan disiplin. Ini adalah pihak yang menjadi tulang belakang kepada sesuatu yang dianjurkan dan yang telah di keluarkan di kaca televisyen atau pun di iklan-iklan.










KESAN-KESAN DARIPADA ISU BUDAYA BARAT



            Di Malaysia, kebanyakkan kanak-kanak terjebak dalam meniru budaya barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja harta dan mendengar  lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.
 Oleh itu, terdapat beberapa kesan-kesan kepada remaja pada masa kini terutamanya kanak-kanak. Kesan yang pertama melalui isu budaya barat dari segi pakaian adalah kanak-kanak yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi perempuan wajib menutup aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan manakala, bagi lelaki wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut. Justeru, ibu bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai dan menutup aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi supaya isu mengenai budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat disekeliling dapat dikurangkan dan diatasi dengan segera.
Selain itu, kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isu-isu budaya barat adalah apabila kanak-kanak menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberi moral dan faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan kepada diri mereka adalah apabila kanak-kanak lebih mahir menyanyikan lagu budaya barat daripada mengaji Al-Quran. Di sini, kesan yang dihadapi kepada kanak-kanak akan meruntuhkan keimanan mereka dan menghadapi masalah dalam menghafal dan membaca ayat-ayat suci di sekolah mahupun di rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang sayang akan islam mereka haruslah memimpin anak-anak mereka mengajar mengaji sewaktu mereka kecil lagi dan mengurangkan memasang lagu dari budaya-budaya barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk menambah ilmu.
Dalam hal ini, isu-isu budaya barat semakin bertambah dan bukannya semakin berkurang jika tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun masyarakat yang tidak mengambil berat tentang hal isu budaya barat ini. Isu budaya barat ini banyak memberi kesan yang negatif kepada remaja terutamnya kanak-kanak pada masa kini. Isu budaya barat ini juga boleh merosakkan nilai diri seseorang individu dan menjatuhkan akhlak dalam Islam dan Seperti yang kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek kehidupan masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media serta pemikiran.

            Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.
            Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.



FAKTOR-FAKTOR ISU BUDAYA BARAT


  Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja menjadi topik perbincangan yang hangat pada zaman ini. Terdapat banyak faktor atau punca yang menyumbangkan kepada permasalahan ini antaranya ialah :
                                                       I.            Pengaruh media massa
            Penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti “black metal”, “punk”, dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.
                                                   II.            Institusi Keluarga
Institusi  kelurga juga turut mempengaruhi  berlakunya  gejala seks bebas didalam kalangan kanak-kanak pada masa kini kepada  mereka yang telah bergelar ibubapa mereka seharusnya berperanan dalam memberi  didikan agama yang  secukupnya kepada kanak-kanak mereka.Namun demikian juga pada hari ini kebanyakan  ibubapa terlalu sibuk dengan kerja harian sehinggakan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka  sendiri.Kesibukan bukanlah alasan  sebagai penghalang kepada ibubapa untuk mengambil berat hal anak-anak mereka yang paling penting ibubapa tahu peranan mereka dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak mereka sendiri ibubapa juga seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi  dan  mengambil tahu  perihal anak-anak mereka.Selain itu juga ibubapa perlulah  memainkan peranan penting dalam  memberi  didikan agam dan sosial dari kecil  lagi kerana ibubapalah yang akan bertangungjawab dalam membentuk sahsiah atau keperibadian anak-anak mereka sendiri.



                                               III.            Percangahan Pendapat
Manakala pengaruh budaya barat juga ialah remaja dan kanak-kanak  pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat ini adalah lebih canggih dan juga lebih moden.Oleh itu juga pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka kerana  ini merupakan dorongan kepada remaja dan kanak-kanak hari ini untuk menjalinkan hubungan seks bebas  perasaan bangga terhadap kelakuan yang tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya sehinggakan mereka lupa diri dan didikan agama mereke sendiri.Situasi ini telah menyebabkan para remaja dan kanak-kanak masa kini tanpa rasa takut terjebak dalam gejala seks bebas ini.Golongan  remaja dan kanak-kanak akan terpadaya dengan gejalaseks.Ini juga akan menyebankan remaja dan kanak-kanak tidak dapat memikirkan kesannya terhadap diri sendiri,masyarakat,dan kelurga mahu pun Negara  sebagai ibubapa mereka haruslah member didikan kepada anak-anak mereka dengan secukupnya dan jangan membiarkan anak-anak menonton video lucah atau video yang tidak ditapis.

CONTOH-CONTOH ISU BUDAYA BARAT



                              I.            Budaya Punk
            Punk lebih terkenal dari fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk , atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.
            Gaya hidup ialah relatif tidak ada seorangpun memiliki gaya hidup sama dengan lainnya. Ideologi diambil dari kata " ideas " dan " logos " yang berarti buah pikiran murni dalam kehidupan. Gaya hidup dan ideologi berkembang sesuai dengan tempat, waktu dan situasi maka punk kalisari pada saat ini mulai mengembangkan proyek " jor-joran " iaitu manfaatkan media sebelum media memanfaatkan kita. Dengan kata lain punk berusaha membebaskan sesuatu yang membelenggu pada zamannya masing-masing.
                           II.            Pengaruh Black Metal
            Aktiviti kumpulan BLACK METAL ini bersendikan kepada pemujaan syaitan dan Black Metal ini diasaskan di Barat yang terkenal dengan muzik berentak keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Kumpulan ini juga menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas.
            Lagu-lagu bawah tanah ini biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak merdu langsung mengikut definisi muzik. Lirik lagu pula seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakannya liar dan lucah. Sebab itu ada mengatakan inilah `bunyi syaitan' tetapi ia indah kepada pengikutnya. Inilah dikatakan kontemporer, lain dari yang lain. Mereka mahu bebas dan benci peraturan. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan, manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.
            Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara pemujaan syaitan, meminum darah kambing dan memakai salib yang diterbalikkan sepertimana yang dinyatakan awal tadi.
                       III.            Budaya Hedonisme
            Dalam kamus Collins Gem (1993) dinyatakan bahwa hedonisme adalah doktrin yang menyatakan bahwa kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup. Atau hedonisme adalah paham yang dianut oleh orang-orang yang mencari kesenangan hidup semata-mata (Echols, 2003) . Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata.
            Seorang hedonis adalah orang yang mengejar kebahagiaan dengan mencari perasaan-perasaan yang menyenangkan, yang nikmat sebanyak mungkin dan sedapat-dapatnya menghindari perasaan-perasaan yang tidak enak. Dengan demikian akan ada banyak orang yang akan lari dari kenyataan dalam menghadapi kehidupan yang kian hari semakin sulit. Perkembangan yang terjadi pada saat ini disatu sisi menawarkan berbagai kesenangan, kesejahteraan dan kenikmatan yang membanggakan namun di sisi lain mengokohkan akar hedonisme dan memberikan bayangan keberuntungan dan kemajuan secara material dan fisik sebanyak dan setinggi mungkin. Akibatnya terjadi perubahan dalam kehidupan manusia yang bermuatan moral religius. Moral kemanusian akhirnya mengalami kehilangan arah, bahkan nilai-nilai religius mengalami keruntuhan.
                       IV.            Pengaruh Skinhead
            Skinheads ditubuhkan pada tahun 60an dan mula berkembang pada tahun 1964 iatu di bandar Chelsea, England.Skinheads menggemari Hang Out atau melepak di Snooker dan juga Pub. Boot juga dianggap sebagai senjata utama bagi Skinheads. Pada tahun 1971, Jimpesy telah menubuhkan Football Team. Jimpesy telah meminta kebenaran dari Queen Chelsea untuk menubuhkan Football Team untuk Skinheads. Skinheads hendaklah menghentakkan kaki mereka sebelum masuk ke padang sebagai memperingati jasa yang dicurahkan oleh Jimpesy untuk Skinheads Football. Football Hooligans merupakan Penonton Skinheads yang suka membuat huru-hara di stadium bola sepak. Tren bagi Skinhead ialah gemar mengubah tekanan, mengkaji dan menyembahkan style mereka


                          V.            Isu Hiburan
            Isu hiburan dalam islam telah banyak dikupas oleh para ‘ulama’. Dr. Yusof al-Qardhawi dan Dr. Abdullah Naseh Ulwan ada menulis buku khas berkaitan isu hiburan di dalam islam. Dr. Yusuf al-Qardhawi ada mengulas di dalam bukunya bertajuk ‘Malamih Mujtama; Muslim’. Manakala Dr. Abdullah Naseh Ulwan juga ada menghuraikan isu hiburan ini di dalam mukadimah lirik koleksi nasyid Abu al-Jud. Ini antara tulisan beliau yang menarik di dalam isu –isu hiburan masa kini. Dalam islam, kita tidak di larang untuk berhibur tetapi mestilah bersederhana dan sebaik-baiknya di dalam hiburan itu seperti nyanyian, kita masukkan sekali unsur-unsur nasihat kepada kanak-kanak, unsur akidah iaitu pegangan dan kepercayaan kepada pencipta dan Rasul dan sebagainya. Namun sedemikian, kanak-kanak dan remaja pada masa kini lebih terpengaruh dengan cara berhibur di kalangan masyarakat barat.
            Hiburan yang diharamkan adalah yang berlawanan dengan batas syarak seperti percampuran lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, disertai minuman keras dan haram iaitu arak, tarian yang mengghairahkan, ayat-ayat yang mengandungi unsur-unsur  lucah yang membawa kepada kelalaian sehingga terabai perkara-perkara fardhu dan lain-lain. Sekiranya hiburan itu dapat dikawal sehingga ianya benar-benar menepati syarak, ia masuk dalam kategori perkara harus (Mubah). Perkara harus tidaklah harus secara mutlak. Imam Muhammad Abu Zuhroh mengatakan misalnya meletakkan bahawa perkara yang harus tidak boleh ditinggalkan secara mutlak dan juga tidak boleh dilakukan berterusan secara mutlak.  Begitu juga dengan hiburan secara berterusan siang dan malam kerana ia akan membawa kepada terabai perkara-perkara fardhu. Islam tidak menolak hiburan tetapi sebaliknya meletakkan pada posisinya yang tobie, iaitu sebagai tashsiniat di dalam kehidupan. Perlu dikawal dengan kawalan tertentu agar ia tidak memusnahkan perkara-perkara dhoruriat di dalam syariat.
            Hiburan di negara kita sudah melebihi saiz dan syarat yang dibenarkan oleh syariat. Dimana suasana di dalam rumah yang dikuasai oleh tv dan siaran radio, budaya berhibur sehingga melebihi lewat malam, kandungan siaran tv dan siaran perbualan di radio, cerita-cerita dan gossip di dalam media cetak dan sebagainya. Apabila keadaan ini telah melebihi tahap, maka natijah dari itu adalah pengabaian banyak kefardhuan, tanggungjawab, pelanggaran hak dan sifat-sifat negatif yang mendarah daging di dalam diri seseorang muslim.

                       VI.            Pengaruh  Gengsterisme
          Gengsterisme merupakan satu lagi budaya hidup yang keterlaluan dan melanggar norma kehidupan masyarakat pada masa kini. Kegiatan ini kebiasaanya berlaku di negara barat. Kanak-kanak melakukan kegiatan ini adalah disebabkan pengaruh daripada orang yang lebih dewasa dari mereka. Hal ini kerana, remaja mahupun kanak-kanak akan berasa dilindungi dan mereka juga akan bersifat lebih agresif. Kegiatan gengsterisme ini telah bermula sejak berdekan lamanya di negara kita. Malahan kegiatan ini semakin berkembang dan berleluasa di Malaysia. Kita dapat meyaksikan sendiri pelbagai aksi gensterisme yang berlaku sepanjang tahun ini. Kegiatan ini menimbulkan fenomena yang tidak baik terhadap diri, keluarga, persekitaran, masyarakat dan Negara. Tambahan pula negara pada masa kini, kanak-kanak si kecil molek pun turut dipengaruhi. Kuantiti kanak-kanak dan remaja lebih nisbah berbanding orang dewasa.
            Aksi ini boleh menimbulkan beberapa sifat dan sikap negatif dalam diri kanak-kanak. Antaranya, kanak-kanak akan bersikap kasar, pemarah,dan suka meninggikan suara kepada orang yang lebih tua daripada mereka termasuklah ibu dan ayah mereka. Malahan terdapat juga anak-anak kita menjadi kaki pukul. Dimana, mereka akan membuat kumpulan sendiri bagi mengenakan orang yang tidak ingin memgikuti kata atau arahan mereka. Kegiatan ini banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja semasa berada di sekolah.  Mereka akan melakukan keganasan sehingga ada yang sanggup melakukan perkara terkeji iaitu merosakkan harta benda sekolah, melawan kata-kata guru, dan mencederakan rakan tidak kira sesama umat islam. Selain itu, apabila keperluan mereka tidak dituruti oleh orang tua mereka,  anak-anak akan sanggup menengking orang tua dan ada yang sanggup untuk mencederakan ibu dan ayah mereka sendiri..






Huraian Isu-Isu Pendidikan Islam Di Malaysia masa kini



                Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya . Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonisme, skin head, dan sebagainya.
            Generasi ala Barat di Malaysia bukan lahir secara tiba-tiba. Ia di bina sejak dari alam kanak-kanak dan remaja, samaada dari latar belakang keluarga atau dari dokongan penguasa atau kedua-duanya sekali. Barat sentiasa mencari pintu-pintu masuk dari berbagai sudut, masa dan kesempatan.
            Golongan kanak-kanak dan remaja menjadi salah satu sasaran pihak Barat untuk merosakkan umat islam dari dalam terutama melalui penghakisan identity dan jati diri mereka sebagai umat islam. Penganjuran yang boleh merosakkan akhlak dan jati diri kanak-kanak dan remaja. Melayu islam mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran sendiri terlibat secara langsung.
            Generasi ala Barat di Malaysia bukan lahir secara tiba-tiba. Ia dibina sejak dari alam kanak-kanak dan remaja, samaada dari latar belakang keluarga atau dari dokongan penguasa atau kedua-duanya sekali. Barat sentiasa mencari pintu-pintu masuk dari berbagai sudut, masa dan kesempatan.
           

           

            Jemaah islam di tuntut agar tidak berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu di sekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga di dalam masyarakat dan generasi islam sejati di dalam Negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran yang bergerak dan berperanan di tengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak, lalu mereka membetulkannya dan petunjuk Al-Quran.









PERMASALAHAN KAJIAN



          Pendidikan Islam juga adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al – Quran dan Sunnah bagi membentuk
sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Walau bagaimana pun,
sehingga kini masih wujud beberapa isu yang perlu diketengahkan untuk dibincangkan
bersama secara ilmiah. Isu yang seringkali dihadapi oleh guru dalam mendepani tugas dan
tanggungjawab yang berat sesuai dengan amanah ilmu yang dipikul iaitu mampu membentuk
pelajar menjadi insan soleh. Tugasan ini akan mengetengahkan isu-isu tersebut di samping
mencadangkan jalan penyelesaian yang terbaik. Mudah-mudahan cadangan penyelesaian
beberapa isu di sini kelak akan mewujudkan jalan keluar kepada semua setiap permasaalahan
lampau yang masih belum mampu diatasi sehingga kini.
            Ibu bapa pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak. Mereka wajib memastikan anak-anak membesar dengan sempurna dari segi material seperti makanan, pakaian dan kediaman. Begitu juga pentingnya menyediakan dan menyemai jiwa anak-anak dengan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, rohani, akhlak dan sosial. Suasana persekitaran memberikan tekanan kepada ibu bapa dalam menangani cabaran tersebut. Keperluan menambahkan pendapatan memerlukan kedua ibu bapa bekerja telah mengurangkan masa bersama dengan anak-anak.
            Dalam konteks kanak-kanak, kesedaran pendidikan awal kanak-kanak perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).
            Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya pada kelakuan fizikal bahkan pengamalan akhlak peribadi perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam roh dan jiwanya.

1.1 PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA



            Pendidikan Islam di Malaysia secara formalnya bermula pada tahun 1960-an apabila kerajaan melaksanakan undang-undang peraturan yang didasarkan kepada Laporan Rahman Talib. Laporan ini membentuk Akta Pelajaran 1961 yang menyatakan, "Seksyen 36 (1) tercatat bahawa pendidikan agama Islam hendaklah diberikan kepada murid-murid beragama Islam di setiap sekolah yang murid-murid beragama Islam berjumlah 15 orang atau lebih."

            Pelaksanaan pendidikan agama Islam diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran yang mengendalikan segala kegiatan yang berhubung dengan pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Pengajaran pendidikan Islam di sekolah adalah manifestasi Perlembagaan Negara Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Kedudukan Islam telah berjaya ditempatkan pada kedudukan istimewa.
            Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi bermula secara formal pada tahun 1955 setelah Kolej Islam Malaya ditubuhkan di Klang, Selangor. Tahun 1959, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya ditubuhkan sebagai hasil kerjasama di antara Kolej Islam Malaya dan Universiti Malaya. Seterusnya Kolej Islam Malaya digabungkan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikenali sebagai Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
            Bahagian Pendidikan Islam, Universiti Teknologi Malaysia adalah universiti pertama yang menjadikan pendidikan Islam sebagai keutamaan. Unit Pendidikan Islam ditubuhkan pada tahun 1972 yang menyelaraskan kuliah pendidikan agama Islam kepada mahasiswa UTM. Kini hampir semua universiti awam mempunyai Pusat Islam masing-masing.
            Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi Malaysia diperkukuhkan dengan pengenalan Kursus Tamadun Islam yang diwajibkan kepada semua mahasiswa dengan tujuan setiap orang daripada warganegara Malaysia yang mendapat pendidikan tinggi di universiti akan mengenali Islam dan ajaran-ajarannya sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
           
            Ternyata pendidikan Islam telah diperkukuhkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan. Kurikulum dari sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan dan diterapkan dengan nilai dan falsafah pendidikan Islam ini.
            Kegagalan sistem pendidikan Islam kini adalah disebabkan nilai yang diterapkan tidak dapat membawa pelajar untuk mengenali Allah swt dan mencetuskan perubahan dalam diri mereka. Walaupun akal fikiran pelajar hari ini lebih baik dan dianggap maju, tetapi dalam hal pembinaan watak diri yang digelar ulul albab masih jauh daripada realiti sebenar. Pendidikan Islam yang ada tidak berupaya membentuk individu yang boleh bertafakur untuk merenung, mengamati, membuat kajian dan menganalisis peranan Tuhan dalam penciptaan alam dan kehidupan realiti.
            Hala tuju pendidikan Islam harus menjadikan objektif pembentukan ulul albab sebagai salah satu hasil akhir dalam pencapaian seperti maksud firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 191,"(Ulul albab adalah) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, "Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka."

DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM


1
          Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid/pelajar berdasarkan ajaran Islam.  Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik.  Baik di sini tentulah baik pada pandangan Islam.  Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan.  Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu  lagi memberi pendidikan.
            Mendidik ialah kata-kata nasihat supaya murid melakukan sesuatu yang baik.  Menasihati murid supaya melakukan suruhan Tuhan seperti solat, beradab dengan ibu bapa dan guru adalah pendidikan.  Menasihati murid supaya belajar dengan baik dan tekun adalah pendidikan.  Menjaga kebersihan diri, bilik darjah, kawasan sekolah, kantin, padang adalah tuntutan Islam. Kekemasan diri, bilik darjah, kawasan rumah,   juga tuntutan Islam.  Menasihati pelajar atau murid melakukan semua ini ialah pendidikan Islam namanya.
             Ini bermakna, bahawa pendidikan Islam itu mempunyai dua maksud.  Pertama bermaksud pendidikan Islam khusus. Iaitu yang merangkumi pelajaran tradisional seperti aqidah, ibadah, tafsir, sejarah, hadis dan sebagainya.  Kedua ialah pendidikan Islam umum, yang mana ia merangkumi semua kata-kata nasihat yang boleh membangunkan potensi yang ada pada setiap pelajar melalui semua mata pelajaran sekolah serta melewati segala aspek hidup.  Inilah yang dikatakan pendidikan Islam.
            Pengertian tentang pendidikan, bila dikaitkan dengan Islam, maka menjadi “Pendidikan Islam”. Nama baru ini tentunya memiliki pengertian tersendiri dari pengertian-pengertian di atas, walau dalam kenyataanya masih dapat ditarik benang merah diantara beberapa pengertian tersebut. Beberpa pengertian tentang pendidikan Islam adalah sebagai berikut:
            M. Yusuf Al-Qardhawi memberikan pengertian bahwa: “pendidikan Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya; akal dan hatinya; rohani dan jasmaninya; akhlak dan ketrampilanya. Karena itu, pendidikan Islam menyiapkan manusia untuk hidup, baik dalam keadaan damai maupun perang dan menyiapkanya untuk masyarakat dengan segala kebaikan dan kejahatanya, manis dan pahitnya”.
             Hasan Langgulung merumuskan pendidikan islam sebagai suatu “proses penyiapan generasi muda untuk mengisi peranan, memindahkan pengetahuan dan nilai-nilai Islam yang diselaraskan dengan fungsi manusia untuk beramal di dunia dan memetik hasilnya di akhirat”.
             Menurut Syah Muhammad A. Naquib Al-Attas, pendidikan Islam ialah usaha yang dilakukan pendidik terhadap anak didik untuk pengenalan dan pengakuan tempat-tempat yang benar dari segala sesuatu di dalam tatanan penciptaan. Sehingga, membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan akan tempat Tuhan yang tepat di dalam tatanan wujud dan kepribadian.
            Sedangkan menurut M. Arifin, pendidikan Islam adalah system pendidikan yang dapat memberikan kemampuan seseorang untuk memimpin kehidupanya sesuai dengan cita-cita Islam, karena nilai-nilai Islam telah menjiwai dan mewarnai corak kepribadianya.
             Dari pengertian-pengertian diatas, dapatlah kita mengambil benang merah pengertian pendidikan Islam. Pendidikan Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya yang dilakukan oleh seorang dewasa kepada anak didik untuk mempersiapkan kehidupan yang lebih baik. Dalam prakteknya, pendidikan Islam bukan hanya pemindahan pengetahuan kepada anak didik, namun perlu diintegrasikan antara tarbiyah, ta’lim dan ta’dib, sehingga dapatlah seseorang yang telah mendapatkan pendidikan Islam memiliki kepribadian muslim yang mengimplementasikan syari’at Islam dalam kehidupan sehari-hari, serta hidup bahagia di dunia dan akhirat.