Buku Pendidikan Islam Kaedah dan Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
UKHWAH BAYU
Thursday, 29 November 2012
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Isu
Globalisasi Pendidikan merupakan satu daripada cabaran yang berlaku dalam
pendidikan masa kini yang perlu sentiasa dikaji. Globalisasi dalam sistem
pendidikan negara telah memberi banyak kesan terhadap pendidikan negara pada
hari ini. Namun tindak balas daripada keterbukaan idea dan kebebasan memilih
jenis dan kriteria pendidikan dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah
memberi impak yang negatif terhadap anak-anak pada masa kini. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif dalam menangani permasalahan ini.
Peranan utama adalah peranan institusi kekeluargaan. Ibu bapa adalah orang yang
dekat dengan anak-anak. Ibu bapa tidak boleh terlalu meletakkan tugas
pembelajaran hanya kepada guru semata-mata dan mengabaikan tanggungjawab
sebenarnya dalam mendidik anak-anak. Jangan kerana kerja, ibu bapa tidak ambil
peduli pembelajaran, tidak berkongsi cerita atau berkomunikasi dengan anak-anak
mereka.
Anak-anak
yang kurang mendapat perhatian dari orang tua akan menimbulkan masalah iaitu
anak-anak akan mudah melakukan sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Ibu
bapa haruslah memainkan peranan dalam
hal ini. Hubungan dalam kekeluargaan perlulah dieratkan dengan meluangkan masa
dengan anak-anak untuk mendengar masalah mereka dan menjadi sahabat kepada
anak-anak. Malahan , ibu bapa juga ambil tahu dengan siapa anak-anak mereka
bergaul. Ibu bapa perlu berikan nasihat kepada anak-anak sekiranya mendapati kawan-kawan anak mereka
mencurigakan dan boleh membawa masalah di kemudian hari. Pendidikan agama dan
nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak kecil lagi untuk menggelakkan anak
terjebak dalam gejala negatif. Ibu bapa juga perlu sentiasa prihatin dengan
perubahan sikap anak-anak contohnya cara berpakaian kanak-kanak, pertuturan,
pergaulan, fizikalnya dan lain-lain. Berikan nasihat kepada anak dengan cara
berhemah dan tidak memarahi anak-anak secara melulu jika anak mereka telah
berubah kearah tidak sihat.
Pendidikan
menghadapi masalah dan cabaran untuk menggarap akhlak anak-anak supaya berada
pada landasan yang betul berdasarkan panduan dan pegangan dalam islam.
Pelaksanaan program yang mempunyai nilai serta norma pendidikan di sekolah perlu dipertingkatkan sama ada dari segi
keperibadian guru, budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti kokurikulum perlu
juga diberi penekanan untuk berusaha kearah membentuk moral dan rohani murid
yang baik dan sempurna di pandangan seluruh masyarakat khususnya umat islam. Di
dalam usaha untuk membentuk jati diri murid, seharusnya perkara yang paling
dekat dengan mereka di sekolah perlu diberi perhatian oleh semua pihak iaitu
keperibadian guru. Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid di
sekolah sepatutnya menampilkan perwatakkan yang positif ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan dan sifat guru yang amanah,
bersopan santun, jujur, penyayang, penyabar, sedia berkorban, sedia memberi
pertolongan dan berdedikasi perlu ditampilkan supaya menjadi ‘Role model’
kepada pelajar di sekolah. Guru juga memainkan peranan penting untuk membawa
watak orang yang taat kepada amalan agama terutama berkaitan solat, puasa,
akhlak, peganggan akidah dan lain-lain yang penting dan menjadi rujukan murid
di sekolah. Melalui ini, anak-anak kita akan berusaha untuk mencontohi sifat
dan perwatakan guru di sekolah serta cuba untuk mengaplikasikan amalan hidup
beragama dalam kehidupan seharian mereka.
Nilai-nilai
agama mempunyai kepentingan dalam membentuk modal insan yang diharapkan. Hal
ini kerana jati diri dan maruah sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya
tidak wujud kesepaduan antara elemen-elemen penting yang saling mempengaruhi
antara satu sama lain. Oleh sebab akidah menjadi teras bagi segala tindakan,
maka pegangan agama yang kukuh di kalangan kanak-kanak seharusnya diberikan
tumpuan utama setiap masa oleh para guru. Hal ini boleh dilakukan melalui
penyampaian ilmu sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran (kurikulum)
atau ketika mengendalikan aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal
insan berguna di dunia dan di akhirat. Dengan akidah yang kental, murid-murid
akan menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan mampu menjauhkan diri
daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah yang akan merugikan diri sendiri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara. Murid-murid yang disemai dengan
nilai-nilai agama yang sempurna akan mampu menolak dan menghalang pelbagai
anasir jahat. Secara berperingkat, keadaan ini akan melahirkan suasana hidup
yang lebih sihat dan sejahtera.
Senjata
bagi sesebuah tamadun dan kemajuan bangsa bertitik tolak kepada mantapnya ilmu
pengetahuan dan kemahiran dengan berpandukan kepada kekentalan pendidikan agama
dan pengamalan ajaran beragama. Oleh itu, modal insan yang akan disemai dengan
sifat-sifat ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui di
sekolah akan dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang diharapkan.
Langkah menabur nilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan
melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Di
samping itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam harus berusaha
menerapkan nilai-nilai agama yang universal dan bersesuaian untuk semua murid
sebagai contoh menghormati ibu bapa, amanah, ikhlas, menepati janji, bersyukur,
tolong-menolong dan sebagainya dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan dan juga melalui aktiviti kerohanian yang boleh diadakan di
sekolah seperti sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya. Semua ini adalah untuk
melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri mulia, selaras dengan harapan
negara untuk membentuk modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Dengan yang demikian, tidak mustahil Malaysia akan meraih
modal insan yang beragama Islam yang akhinrya menjadi mukmin profesional satu
hari nanti. Nilai-nilai agama serta akhlak pekerti yang baik dan mulia adalah
tunjang peribadi yang amat penting untuk setiap individu. Inilah yang
seharusnya disemai oleh para guru dalam kalangan modal insan yang mereka didik
kerana umumnya menyedari bahawa masyarakat akan menjadi lebih selamat dan
tenteram seandainya mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai agama yang
telah diterapkan.
Sebenarnya, cabaran besar yang perlu
diaplikasikan secara kolektif dalam usaha membentuk jati diri murid adalah dari
segi kaedah atau strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga bidang
atau fakulti yang memerlukan pelaksanaan secara sekata iaitu pengisian roh,
akal dan jasmani kanak-kanak. Ketiga-tiga pengisian ini bermula daripada
kerohanian seharusnya berlandaskan sumber yang berautoriti dengan merujuk
sumber ketuhanan dan kenabian, akal yang perlu bertunjangkan aspek kognitif
untuk menuju ke arah yang bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri serta
jasmani yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti beriadah, mengisi masa lapang
dengan baik serta menjaga tabiat pemakanan yang perlu diterapkan secara optimum
dan berkesan dengan bantuan dan bimbingan daripada guru.
Islam Menyelesaikan Permasalahan seseorang individu itu. Seseorang
yang menyandarkan dirinya pada prinsip-prinsip al-Quran akan selalu sanggup
menyelesaikan permasalahan hidupnya dan sentiasa bertindak secara bijaksana.
Demikian juga, orang yang hidup dengan prinsip tersebut tak pernah merasakan
tekanan atau beban, walau bagaimana sukar dan
rumit keadaan yang dihadapi. Ketika nilai agama tidak diterapkan dalam
diri dan kehidupan kanak-kanak , maka tidak menampakkan nilai kemanusiaan dalam
diri mereka.Walau sebesar zarah, seluas lautan dan setinggi gunung sekalipun
kesalahan itu tetap tidak akan dapat diselesaikan secara bijaksana oleh masyarakat tak beragama.
Sebagai seorang mukmin seharusnya
tidak mencari pengakuan dari orang lain terutama yang bukan muslim, jangan
hanya mencari gelaran atau pujian semata-mata dan mengharapkan sanjungan
daripada mereka. Umat islam yang berilmu dan berpendidikan baik dan sempurna
dalam akan berfikir positif dalam keputusan yang mereka ambil, menerima
dukungan dan bimbingan, ilham dan hikmah
dari Allah SWT. Hal sedemikian, maka sebagai kaum muslimin harus menghayati dan
mengamalkan pegangan ajaran Islam yang
kita anut dengan sempurna, dan berani dalam menegakkan kebenaran. Kemenangan dari sudut kaca mata Islam
bukanlah dengan adanya suara daripada majoriti yang menjadi penyokong di
kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat
atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera
pentadbiran negara. Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam
Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah dan sesat.
Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam
keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah SWT. Sehinggalah wujud dakwah
islamiah.
Umat Islam mencapai kegemilangannya
di bawah pimpinan Rasulullah s.a..w. sehingga di zaman khulafa' Rashidin dan
empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka merupakan terjemahan amali kepada agama suci
ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula mengenepikan
agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat
lain, mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam
telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian
selain dari islam.
Penjelasan tentang isu Pendidikan
Islam dan barat telah memperlihatkan bahawa adanya pola pemikiran yang harus
digunakan oleh kanak-kanak kita berdasarkan para ilmuwan mereka sehingga
menghasilkan cirri-ciri yang berbeza pada pandangan masyarakat. Jika
sumber dan metodologi ilmu di Barat bergantung sepenuhnya kepada kaedah
empiris, rasional dan cenderung materialistik serta mengabaikan dan memandang
rendah cara memperoleh ilmu melalui wahyu dan kitab suci, maka metodologi dalam
ilmu pengetahuan Islam sebenar adalah bersumberkan kepada kitab suci al-Quran yang diperoleh dari
wahyu, Sunnah Rasulullah saw, serta ijtihad para ulama. Justeru, ilmu dalam
Pendidikan Islam juga merupakan ilmu yang mampu membangunkan pemikiran dan
keseimbangan manusia dari aspek rohani dan jasmani peribadi seorang muslim dan
akan menambah dan meningkatkan lagi keimanan
dan kecintaan kepada Allah SWT.
CARA MENGATASI MASALAH
2.2
01. Penapisan filem Barat
Lembaga Penapisan Filem (LPF) harus
menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk mengekalkan
budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan budaya yang ditampilkan
dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, perang, dadah dan arak, lucah,
tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini tidak harus menjadi
sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau bagaimanapun, filem-filem
barat yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran dan pendidikan harus
digalakkan.
02. Peranan ibubapa dalam hal
ini amat penting untuk :
i.) Membantu
setiap rutin harian anak-anak mereka sama ada rutin peribadi mahupun rutin di
sekolah.
ii.) Memantau
dan mengambil tahu aktiviti di sekolah yang akan dijalankan.
iii.) Membantah
dan tidak mengalakkan langsung kanak-kanak menyertai program pertandingan yang
berunsurkan atau bercirikan barat.
iv.) Menjelaskan
kepada anak apa kebaikan dan keburukan yang mereka peroleh sekiranya hanyut dan
terus mengikuti :
a) “Trand Barat”
b)
“Program
berbentuk hiburan”
v.) Ibubapa harus terapkan keperibadian dan
jati diri serta ilmu tentang agama yang baik dan kukuh supaya anak dapat
mengelakkan diri dari terlibat dan terus-terus menyokong budaya barat yang
hanya akan menghakis identity, akhlak dan jati diri mereka sebagai umat islam.
03. Peranan Kanak-kanak itu sendiri :
i.) sebagai seorang anak yang masih
perlukan bimbingan serta tunjuk ajar adalah lebih baik bertanya dahulu pendapat
ibubapa atau pun guru disekolah sama ada untuk mengetahui mengenai sesuatu
program aktiviti berbentuk hiburan.
a) Apakah tujuannya?
b) Apakah faedah-faedah yang
diperolehi?
c) Apakah kesannya pada diri, minda
dan juga sekolah ataupun masyarakat.
ii.) Kanak-kanak harus tidak terus
memperalatkan diri semata-mata dikaburi dengan pelbagai pujian, habuan dan
sebagainya. (jika melihat sesuatu iklan atau anjuran).
04. Peranan guru-guru bersar, para pengetua,
Jabatan-jabatan agama dan juga berpihak Kementerian Pelajaran :
i.) Tidak menganjurkan program
bercirikan barat di sekolah tetapi sentiasa menganjurkan program-program islam
di adakan mahupun di luar premis sekolah supaya kea rah membina generasi
harapan islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang di hari muka.
ii.) Bangit, membantah dan menentang
segula anasir-anasir barat yang cuba di bawa ketengah (menjadi perhatian
umum) yang menjadi pelesit merosakkan
dan menghasut minda kanak-kanak untuk menyertai atau menjadi salah seorang
penyokong budaya barat.
iii.) Tidak bekerjasama dalam apa
sahaja bentuk anasir-anasir yang ingin ataupu
telah menyelinap masuk ke dalam jiwa masyarakat islam kerana ia adalah
satu dosa, kesalahan dan jenayah terhadap agama dan juga generasi umat akan
dating.
iv.) Mengenalpasti pihak-pihak yang
terbabit dan membawa mereka kemuka pengadilan dan tindakan disiplin. Ini adalah
pihak yang menjadi tulang belakang kepada sesuatu yang dianjurkan dan yang
telah di keluarkan di kaca televisyen atau pun di iklan-iklan.
KESAN-KESAN DARIPADA ISU BUDAYA BARAT
Di Malaysia, kebanyakkan kanak-kanak
terjebak dalam meniru budaya barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu
memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng,
pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja harta dan mendengar lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.
Oleh itu, terdapat beberapa kesan-kesan kepada
remaja pada masa kini terutamanya kanak-kanak. Kesan yang pertama melalui isu
budaya barat dari segi pakaian adalah kanak-kanak yang meniru pakaian budaya
barat akan dipandang rendah terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan
dihormati oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi perempuan wajib menutup
aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan manakala,
bagi lelaki wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut. Justeru, ibu
bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai dan menutup
aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi supaya isu mengenai
budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat
disekeliling dapat dikurangkan dan diatasi dengan segera.
Selain
itu, kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isu-isu budaya barat
adalah apabila kanak-kanak menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberi
moral dan faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan kepada diri mereka
adalah apabila kanak-kanak lebih mahir menyanyikan lagu budaya barat daripada
mengaji Al-Quran. Di sini, kesan yang dihadapi kepada kanak-kanak akan
meruntuhkan keimanan mereka dan menghadapi masalah dalam menghafal dan membaca
ayat-ayat suci di sekolah mahupun di rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang
sayang akan islam mereka haruslah memimpin anak-anak mereka mengajar mengaji
sewaktu mereka kecil lagi dan mengurangkan memasang lagu dari budaya-budaya
barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk menambah ilmu.
Dalam
hal ini, isu-isu budaya barat semakin bertambah dan bukannya semakin berkurang
jika tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun masyarakat yang tidak mengambil
berat tentang hal isu budaya barat ini. Isu budaya barat ini banyak memberi
kesan yang negatif kepada remaja terutamnya kanak-kanak pada masa kini. Isu
budaya barat ini juga boleh merosakkan nilai diri seseorang individu dan
menjatuhkan akhlak dalam Islam dan Seperti
yang kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek kehidupan
masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media
serta pemikiran.
Keruntuhan akhlak akan memberikan
kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama
dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak
dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan
pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari
ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu,
terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan
akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.
Banyak kejadian seperti pembuangan
bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya
dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan
dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat
dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka.
Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang
mendalam pada diri individu.
FAKTOR-FAKTOR ISU BUDAYA BARAT
Keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja menjadi topik perbincangan yang hangat pada zaman
ini. Terdapat banyak faktor atau punca yang menyumbangkan kepada permasalahan
ini antaranya ialah :
I.
Pengaruh media
massa
Penciptaan televisyen nyata banyak
mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Marican dan Mohamed (1995)
menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja
sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah surat khabar, majalah,
radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat memaparkan
gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang
tidak sihat seperti “black metal”, “punk”, dan sebagainya. Kesemua ini
telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja.
Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan
lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya
Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role
model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.
II.
Institusi
Keluarga
Institusi kelurga juga turut mempengaruhi berlakunya
gejala seks bebas didalam kalangan kanak-kanak pada masa kini kepada mereka yang telah bergelar ibubapa mereka
seharusnya berperanan dalam memberi
didikan agama yang secukupnya
kepada kanak-kanak mereka.Namun demikian juga pada hari ini kebanyakan ibubapa terlalu sibuk dengan kerja harian
sehinggakan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka sendiri.Kesibukan bukanlah alasan sebagai penghalang kepada ibubapa untuk
mengambil berat hal anak-anak mereka yang paling penting ibubapa tahu peranan
mereka dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak mereka sendiri
ibubapa juga seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak
mereka.Selain itu juga ibubapa perlulah
memainkan peranan penting dalam
memberi didikan agam dan sosial
dari kecil lagi kerana ibubapalah yang
akan bertangungjawab dalam membentuk sahsiah atau keperibadian anak-anak mereka
sendiri.
III.
Percangahan
Pendapat
Manakala
pengaruh budaya barat juga ialah remaja dan kanak-kanak pada zaman ini berpendapat bahawa budaya
barat ini adalah lebih canggih dan juga lebih moden.Oleh itu juga pengaruh
budaya barat yang berfikiran terbuka kerana
ini merupakan dorongan kepada remaja dan kanak-kanak hari ini untuk
menjalinkan hubungan seks bebas perasaan
bangga terhadap kelakuan yang tidak bermoral ini menyebabkan mereka
terbawa-bawa dengan budaya sehinggakan mereka lupa diri dan didikan agama
mereke sendiri.Situasi ini telah menyebabkan para remaja dan kanak-kanak masa
kini tanpa rasa takut terjebak dalam gejala seks bebas ini.Golongan remaja dan kanak-kanak akan terpadaya dengan
gejalaseks.Ini juga akan menyebankan remaja dan kanak-kanak tidak dapat
memikirkan kesannya terhadap diri sendiri,masyarakat,dan kelurga mahu pun
Negara sebagai ibubapa mereka haruslah
member didikan kepada anak-anak mereka dengan secukupnya dan jangan membiarkan
anak-anak menonton video lucah atau video yang tidak ditapis.
CONTOH-CONTOH ISU BUDAYA BARAT
I.
Budaya Punk
Punk lebih terkenal dari fashion
yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan
rambut mohawk , atau dipotong ala feathercut dan diwarnai
dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit,
celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal
dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang
yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.
Gaya hidup ialah relatif tidak ada
seorangpun memiliki gaya hidup sama dengan lainnya. Ideologi diambil dari kata
" ideas " dan " logos " yang berarti buah pikiran
murni dalam kehidupan. Gaya hidup dan ideologi berkembang sesuai dengan tempat,
waktu dan situasi maka punk kalisari pada saat ini mulai mengembangkan proyek
" jor-joran " iaitu
manfaatkan media sebelum media memanfaatkan kita. Dengan kata lain punk
berusaha membebaskan sesuatu yang membelenggu pada zamannya masing-masing.
II.
Pengaruh Black
Metal
Aktiviti kumpulan BLACK METAL ini
bersendikan kepada pemujaan syaitan dan Black Metal ini diasaskan di Barat yang
terkenal dengan muzik berentak keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit dan
tidak jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak
kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Kumpulan ini juga
menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas.
Lagu-lagu bawah tanah ini biasanya
pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak
merdu langsung mengikut definisi muzik. Lirik lagu pula seperti yang dinyatakan
tadi, kebanyakannya liar dan lucah. Sebab itu ada mengatakan inilah `bunyi
syaitan' tetapi ia indah kepada pengikutnya. Inilah dikatakan kontemporer, lain
dari yang lain. Mereka mahu bebas dan benci peraturan. Setiap bucu bintang itu
mempunyai maksud seperti dewa, syaitan, manusia, tuhan serta alam ghaib dan
alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.
Kumpulan ini juga diwajibkan
menjalani upacara pemujaan syaitan, meminum darah kambing dan memakai salib
yang diterbalikkan sepertimana yang dinyatakan awal tadi.
III.
Budaya
Hedonisme
Dalam kamus Collins Gem (1993)
dinyatakan bahwa hedonisme adalah doktrin yang menyatakan bahwa kesenangan
adalah hal yang paling penting dalam hidup. Atau hedonisme adalah paham yang
dianut oleh orang-orang yang mencari kesenangan hidup semata-mata (Echols,
2003) . Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara
berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup
yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya
pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar
keseronokan semata-mata.
Seorang
hedonis adalah orang yang mengejar kebahagiaan dengan mencari perasaan-perasaan
yang menyenangkan, yang nikmat sebanyak mungkin dan sedapat-dapatnya
menghindari perasaan-perasaan yang tidak enak. Dengan demikian akan ada banyak
orang yang akan lari dari kenyataan dalam menghadapi kehidupan yang kian hari
semakin sulit. Perkembangan yang terjadi pada saat ini disatu sisi menawarkan
berbagai kesenangan, kesejahteraan dan kenikmatan yang membanggakan namun di
sisi lain mengokohkan akar hedonisme dan memberikan bayangan keberuntungan dan
kemajuan secara material dan fisik sebanyak dan setinggi mungkin. Akibatnya terjadi perubahan dalam kehidupan manusia
yang bermuatan moral religius. Moral kemanusian akhirnya mengalami kehilangan
arah, bahkan nilai-nilai religius mengalami keruntuhan.
IV.
Pengaruh Skinhead
Skinheads ditubuhkan pada tahun 60an
dan mula berkembang pada tahun 1964 iatu di bandar Chelsea, England.Skinheads
menggemari Hang Out atau
melepak di Snooker dan juga Pub. Boot juga dianggap sebagai senjata utama bagi
Skinheads. Pada tahun 1971, Jimpesy telah menubuhkan Football Team. Jimpesy
telah meminta kebenaran dari Queen
Chelsea untuk menubuhkan Football Team untuk Skinheads. Skinheads
hendaklah menghentakkan kaki mereka sebelum masuk ke padang sebagai
memperingati jasa yang dicurahkan oleh Jimpesy untuk Skinheads
Football. Football Hooligans merupakan
Penonton Skinheads yang suka membuat huru-hara di stadium bola sepak. Tren bagi
Skinhead ialah gemar mengubah tekanan, mengkaji dan menyembahkan style mereka
V.
Isu Hiburan
Isu hiburan dalam islam telah banyak
dikupas oleh para ‘ulama’. Dr. Yusof al-Qardhawi dan Dr. Abdullah Naseh Ulwan
ada menulis buku khas berkaitan isu hiburan di dalam islam. Dr. Yusuf
al-Qardhawi ada mengulas di dalam bukunya bertajuk ‘Malamih Mujtama; Muslim’.
Manakala Dr. Abdullah Naseh Ulwan juga ada menghuraikan isu hiburan ini di
dalam mukadimah lirik koleksi nasyid Abu al-Jud. Ini antara tulisan beliau yang
menarik di dalam isu –isu hiburan masa kini. Dalam islam, kita tidak di larang
untuk berhibur tetapi mestilah bersederhana dan sebaik-baiknya di dalam hiburan
itu seperti nyanyian, kita masukkan sekali unsur-unsur nasihat kepada
kanak-kanak, unsur akidah iaitu pegangan dan kepercayaan kepada pencipta dan
Rasul dan sebagainya. Namun sedemikian, kanak-kanak dan remaja pada masa kini
lebih terpengaruh dengan cara berhibur di kalangan masyarakat barat.
Hiburan yang diharamkan adalah yang
berlawanan dengan batas syarak seperti percampuran lelaki dan perempuan yang
bukan muhrim, disertai minuman keras dan haram iaitu arak, tarian yang
mengghairahkan, ayat-ayat yang mengandungi unsur-unsur lucah yang membawa kepada kelalaian sehingga
terabai perkara-perkara fardhu dan lain-lain. Sekiranya hiburan itu dapat
dikawal sehingga ianya benar-benar menepati syarak, ia masuk dalam kategori
perkara harus (Mubah). Perkara harus tidaklah harus secara mutlak. Imam
Muhammad Abu Zuhroh mengatakan misalnya meletakkan bahawa perkara yang harus
tidak boleh ditinggalkan secara mutlak dan juga tidak boleh dilakukan
berterusan secara mutlak. Begitu juga
dengan hiburan secara berterusan siang dan malam kerana ia akan membawa kepada
terabai perkara-perkara fardhu. Islam tidak menolak hiburan tetapi sebaliknya
meletakkan pada posisinya yang tobie, iaitu sebagai tashsiniat di dalam
kehidupan. Perlu dikawal dengan kawalan tertentu agar ia tidak memusnahkan
perkara-perkara dhoruriat di dalam syariat.
Hiburan di negara kita sudah
melebihi saiz dan syarat yang dibenarkan oleh syariat. Dimana suasana di dalam
rumah yang dikuasai oleh tv dan siaran radio, budaya berhibur sehingga melebihi
lewat malam, kandungan siaran tv dan siaran perbualan di radio, cerita-cerita
dan gossip di dalam media cetak dan sebagainya. Apabila keadaan ini telah
melebihi tahap, maka natijah dari itu adalah pengabaian banyak kefardhuan,
tanggungjawab, pelanggaran hak dan sifat-sifat negatif yang mendarah daging di
dalam diri seseorang muslim.
Gengsterisme merupakan
satu lagi budaya hidup yang keterlaluan dan melanggar norma kehidupan
masyarakat pada masa kini. Kegiatan ini kebiasaanya berlaku di negara barat.
Kanak-kanak melakukan kegiatan ini adalah disebabkan pengaruh daripada orang
yang lebih dewasa dari mereka. Hal ini kerana, remaja mahupun kanak-kanak akan
berasa dilindungi dan mereka juga akan bersifat lebih agresif. Kegiatan
gengsterisme ini telah bermula sejak berdekan lamanya di negara kita. Malahan
kegiatan ini semakin berkembang dan berleluasa di Malaysia. Kita dapat
meyaksikan sendiri pelbagai aksi gensterisme yang berlaku sepanjang tahun ini.
Kegiatan ini menimbulkan fenomena yang tidak baik terhadap diri, keluarga,
persekitaran, masyarakat dan Negara. Tambahan pula negara pada masa kini,
kanak-kanak si kecil molek pun turut dipengaruhi. Kuantiti kanak-kanak dan
remaja lebih nisbah berbanding orang dewasa.
Aksi
ini boleh menimbulkan beberapa sifat dan sikap negatif dalam diri kanak-kanak.
Antaranya, kanak-kanak akan bersikap kasar, pemarah,dan suka meninggikan suara
kepada orang yang lebih tua daripada mereka termasuklah ibu dan ayah mereka.
Malahan terdapat juga anak-anak kita menjadi kaki pukul. Dimana, mereka akan
membuat kumpulan sendiri bagi mengenakan orang yang tidak ingin memgikuti kata
atau arahan mereka. Kegiatan ini banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan
remaja semasa berada di sekolah. Mereka
akan melakukan keganasan sehingga ada yang sanggup melakukan perkara terkeji
iaitu merosakkan harta benda sekolah, melawan kata-kata guru, dan mencederakan
rakan tidak kira sesama umat islam. Selain itu, apabila keperluan mereka tidak
dituruti oleh orang tua mereka,
anak-anak akan sanggup menengking orang tua dan ada yang sanggup untuk
mencederakan ibu dan ayah mereka sendiri..
Huraian Isu-Isu Pendidikan Islam Di Malaysia masa kini
Pengaruh barat secara
umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran
yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu
menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai,
memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang
menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan
kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam
kehidupannya . Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat
adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang
merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang
bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja
merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi
goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk,
hedonisme, skin head, dan sebagainya.
Generasi ala Barat di Malaysia bukan
lahir secara tiba-tiba. Ia di bina sejak dari alam kanak-kanak dan remaja,
samaada dari latar belakang keluarga atau dari dokongan penguasa atau
kedua-duanya sekali. Barat sentiasa mencari pintu-pintu masuk dari berbagai
sudut, masa dan kesempatan.
Golongan kanak-kanak dan remaja
menjadi salah satu sasaran pihak Barat untuk merosakkan umat islam dari dalam
terutama melalui penghakisan identity dan jati diri mereka sebagai umat islam.
Penganjuran yang boleh merosakkan akhlak dan jati diri kanak-kanak dan remaja.
Melayu islam mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran
sendiri terlibat secara langsung.
Generasi ala Barat di Malaysia bukan
lahir secara tiba-tiba. Ia dibina sejak dari alam kanak-kanak dan remaja,
samaada dari latar belakang keluarga atau dari dokongan penguasa atau
kedua-duanya sekali. Barat sentiasa mencari pintu-pintu masuk dari berbagai
sudut, masa dan kesempatan.
Jemaah islam di tuntut agar tidak
berputus asa dan terus kental berhadapan dengan tsunami Budaya Barat yang
mendapat dokongan moral dan material dari berbagai pihak yang berkepentingan
duniawi. Jalan terbaik ialah dengan membina individu-individu di
sekolah-sekolah, membina keluarga-keluarga di dalam masyarakat dan generasi
islam sejati di dalam Negara, lalu mereka menjadi teladan hidup bagi Al-Quran
yang bergerak dan berperanan di tengah-tengah masyarakat dan sistem yang rosak,
lalu mereka membetulkannya dan petunjuk Al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)